Pages

Tuesday, 28 June 2011

Kerja Baru, Pengalaman Baru.

0 comments
 
Assalam,
Rasa indah dan bangganye diri ini dah berpengalaman baru.
Kerja dah dapat, hati rasa tenang, tak yah fikir hidup susah lagi.
Mungkin patut aku beritahu dalam entri kali ini apa kerja baru aku tu?
hehe.Hanya kerja biasabiasa aje,bukan meletop sangat pun.


Panasonic Avc Network,Pasir Gudang,Johor.
Itu lah tempat yang aku kerja sekarang ni.
Alhamdulilah,akan aku cuba sedaya upaya untuk serasikan diri bekerja di sebuah kilang yang besar dan berkembang maju ini.
Position aku disitu sebagai " System technician movie ( Rank 3).
Bukan movie wayang tu ok.haha.
Jangan tersalah anggap disitu.
Movie tu adalah sebuah department dalam menghasilkan barang digital & multimedia seperti kamera, handphone, dan sebagainya dengan complete untuk dipasarkan.
jadi, kerja aku bukan repair apa yang patut. 
Tetapi kerja aku mengadap komputer untuk mengupdate data dan key-in number's dan sistem dalam segala komponen dan bahan yang ada dalam satu barang itu contoh seperti kamera.
If tak complete atau tak access, so aku kena lah jumpa atau cari orang untuk mengesahkannya. Agak pressure la jugak kerja ni.
HAri pertama aku masuk pun, hari time dorang busy bukan main serabut dan sibuk lagi aku tengok. Dengan pressure setiap orang demi orang.
Aduhh, memang sakit perut aku tengok.
Tapi aku tekadkan kesabaran yang tinggi untuk bertahan dan belajar apa yang patut.
Insya allah, diri akan serasi dengan perlahan.


Memang pengalaman baru yang aku ada sekarang.
Semakin mempelajari bila berkerja di satu organisasi yang luas dan besar.
Alhamdulilah, pengalamn baru yang muncul semakin mematangkan diri aku.
Tapi, dalam aku dah dapat kerja ni,
barulah ada panggilan dari company lain nak call.
Time hidup tade kerja taknak lak die call.
Aduhai, rezeki rezeki.


Panasonic AVC Network,Pasir Gudang Johor.


Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
http://nuszindisxhot.blogspot.com

Leave a Reply