Pages

Saturday 13 August 2011

Penakut Atau Sakit Hati?

0 comments
 
Perasaan dibelenggu takut atau marah?

Hiasan Gambar
Berkata secara baik dan sopan untuk meminta sesuatu,
Tapi dibalas dengan nada suara yang kuat dan tinggi.
Aku tergamam dan keliru sama ada suaranya sememangnya sebegitu atau tidak.
Secara automatik, aku akan menjadi malu dan seakan menunduk sambil makimaki dalam hati.
Dan secara automatiknya juga aku akan menjadi blur dan lupa apa niat aku untuk berjumpa beliau.
Untuk keesokannya, aku berhatihati untuk berjumpa beliau dan akan memastikan apa tujuan untuk ditanya itu tepat dan benar.


Gambar Hiasan
Pergaduhan antara adik beradik?
Kakak dengan adik sure lah kakak nak menang.
Pernah dengar atau tengok satu iklan digi yang mengatakan, " akukan abang".
Oh mentangmentang dia abang, so dengar cakap dialah.
Padahal adik lagi bijak dari abangnye. Betul tak?
Dalam adik beradik, aku paling hangat kalau kakak mengamuk tak tentu pasal.
Kalau dah mengamuk, ada la jugak takutnya, tapi automatik cover balik, pasal ape nak takut?
Benda yang dimarahkan tade kena mengena dengan aku.
Sebagai contoh, kalau dah kongsi sebilik, bajunya tak jumpa.
Confirm nak marah. Sedangkan semalamnya aku basuh baju dengan bajubaju dia aku basuh.
Baju yang dicarikan tak jumpa dan mengatakan semalam aku basuh.
Padahal bajunye memang aku tade basuh pun.
SO, dalam die tengah membebel, menghentakhentak apa kejadahnye sume tu,
aku hanya diam dan buat bodoh je.
Perlu ke tolong? Emm lagi ditolong, lagi menyakitkan hati aku agaknya.
Better buat tak tau. Sendiri letak sendiri ingat maa.
Selain tu, kalau dalam kereta, mood tak ok, ada pulak kereta depan bawa lembab.
Confirm lah dia nak membebel. 
Dalam hati, nak cepat sangat pun bukan nya ada orang menunggu pun.
Kalau marah, aku diam membisu, rasanya itu bukan penakut. Marah ada lah kot.


Kebanyakkanya lebih diam dan simpan di dalam hati.
Sebab, taknak melukakan hati sapasapa.
Kalau mulut aku ini laser, agaknya dah lama keluar ayat memperli.
Tetapi tak elok sebegitu.
Bak kata orang mulut tade insurans.
Tapi kadangkadang ada terfikir nak aje laserkan mulut ini.
Setakat angan angan baik tak payahla kan nok.
HAHA. 

Readmore...
Saturday 2 July 2011

Flower's Everywhere :)

0 comments
 
Assalam,


Tiada apa yang menarik untuk dipostkan.
Tiada juga harihari yang menyenangkan.
Keadaan yang serabut membuatkan diri tak tenang.
If macam tu jadinye,
untuk menenangkan diri,
aku akan cuba searching gambargambar yang menenangkan jiwa kacau ni.
For example, gambar bunga.
I like flowers!
Hati jadi lembut dan tenang bila melihatnye.
Then, entah tibe mood nak mengedit muncul.
Cantik pulak bunga yang ada di documents my picture lappy aku ni.
Dah selesai edit, dilihat lamalama, memang tersenyum panjang :)




Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
http://nuszindisxhot.blogspot.com
Readmore...
Tuesday 28 June 2011

Kerja Baru, Pengalaman Baru.

0 comments
 
Assalam,
Rasa indah dan bangganye diri ini dah berpengalaman baru.
Kerja dah dapat, hati rasa tenang, tak yah fikir hidup susah lagi.
Mungkin patut aku beritahu dalam entri kali ini apa kerja baru aku tu?
hehe.Hanya kerja biasabiasa aje,bukan meletop sangat pun.


Panasonic Avc Network,Pasir Gudang,Johor.
Itu lah tempat yang aku kerja sekarang ni.
Alhamdulilah,akan aku cuba sedaya upaya untuk serasikan diri bekerja di sebuah kilang yang besar dan berkembang maju ini.
Position aku disitu sebagai " System technician movie ( Rank 3).
Bukan movie wayang tu ok.haha.
Jangan tersalah anggap disitu.
Movie tu adalah sebuah department dalam menghasilkan barang digital & multimedia seperti kamera, handphone, dan sebagainya dengan complete untuk dipasarkan.
jadi, kerja aku bukan repair apa yang patut. 
Tetapi kerja aku mengadap komputer untuk mengupdate data dan key-in number's dan sistem dalam segala komponen dan bahan yang ada dalam satu barang itu contoh seperti kamera.
If tak complete atau tak access, so aku kena lah jumpa atau cari orang untuk mengesahkannya. Agak pressure la jugak kerja ni.
HAri pertama aku masuk pun, hari time dorang busy bukan main serabut dan sibuk lagi aku tengok. Dengan pressure setiap orang demi orang.
Aduhh, memang sakit perut aku tengok.
Tapi aku tekadkan kesabaran yang tinggi untuk bertahan dan belajar apa yang patut.
Insya allah, diri akan serasi dengan perlahan.


Memang pengalaman baru yang aku ada sekarang.
Semakin mempelajari bila berkerja di satu organisasi yang luas dan besar.
Alhamdulilah, pengalamn baru yang muncul semakin mematangkan diri aku.
Tapi, dalam aku dah dapat kerja ni,
barulah ada panggilan dari company lain nak call.
Time hidup tade kerja taknak lak die call.
Aduhai, rezeki rezeki.


Panasonic AVC Network,Pasir Gudang Johor.


Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
http://nuszindisxhot.blogspot.com
Readmore...
Thursday 23 June 2011

Bila Bosan Jadi Rindu

0 comments
 
Assalam,
Situasi sekarang aku di Johor Bharu,
masih tak ada peluang kerja yang aku dapat lagi.
Interview tak habishabis, kerja entah bila nak dapat.
Duduk di rumah, tahap bosan melampau lampau.
Tapi kalau kita masih bersabar,
insya allah rezeki tu akan datang bilabila masa.
Bak kata orang, jangan mudah mengalah.
Yakin pada diri sendiri, jangan terlampau fikirkan negatif.


Dekat rumah,
kerja aku, online facebook dengan editedit gambar je.
Cuba belajar dengan adobephotoshop.
Jadi ke tak jadi,
Janji aku hilang mood bosan.haha.


Potrait | Si comel | Anak Saudara | Mas Adira
Converse All Star | Favourite
Nokia E-Series | Black & White Edited
Blues Untuk Aku | Black & White Edited
Nusrah Yusuf | Bukit LayangLayang | 


Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
http://nuszindisxhot.blogspot.com

Readmore...
Wednesday 22 June 2011

Photoshop oi photoshop

0 comments
 
Kalau kita rajin belajar,
ilmu tu tak kemana mana kan?
Aku nak sangat belajar edit gambar melalui adobe photoshop ni.
Tengok makin ramai orang dah kemaruk photoshop ni, so aku pun dah mula nak terikut.
Tapi aku tak geti.
Dari dulu lagi aku duk simpan software photoshop ni,
Tak pernah pernah nak jadi.
Tapi duk godey godey, adjust adjust sendiri.
Makin lama makin ada kemajuan sikit.
Sikit je la kan, tak banyak.
Tapi malam ni, tibatiba cantik pulak aku edit.haha.
Memang jadi entri kali ni lah.haha.
Tapi takdela pakar mana, biasa biasa je.
Dari mana aku dapat budak comey ni?
hehe.Dari tuan umah tempat aku sewa bilik ni lah.
Geram sangat dengan die, pandai menyakat pulak tu.
Last Last snap gambar die, kaku terus.haha.
Nama beliau ulfa, sweet kan.
AKu kecik kecik dulu macam die laa.
waaa perasan~


Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
http://nuszindisxhot.blogspot.com
Readmore...
Monday 20 June 2011

Be a Musician !

0 comments
 


























Tengok gambar atas tu.
Korang rasa cemburu tak dapat pose camtu.
Korang penah terpikir tak yang korang ni kadang kadang berangan nak jadi artis musician ni.
Imposible la tak pernah kan?haha.
Macam aku memang selalu berangan lah.
Memang petut jerawat banyak dekat muka ni pun.
Teringin nak jadi penyanyi terkenal katakan.haha.
tak dapat jadi artis pun, 
at least digelar a musician pandai main alat music pun jadila.
Pastu rakam wat video nyanyi sambil main keyboard atau gitar.
Download kat youtube pun dah kira femes dah.haha.
Yang penting ada stylee.hihi.
Pheww! tak dapat bayangkan kan?
Kalau mak bapak aku tau jual muka dekat youtube ni, konpem kena tibai siot~
Haha. 


Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
http://nuszindisxhot.blogspot.com
Readmore...
Friday 17 June 2011

Bukit Layang Layang

0 comments
 
" Kata Hati : Akhirnya sampai jugak. "


Assalam,
Masih ingat lagi tak entri aku yang ada gambar aku pegang kamera canon Dslr tu?
Nampak gayanya, 
aku dah dapat dah gambar yang ditangkap khas dari kamera tu.
Gambarnye banyak la jugak, tapi aku taruk dua tiga sudahla.
Lebih lebih karang, korang kata beria pulak kan.
Lagipun gambar yang ditangkap, tak nampak seberapa sangat.
Biasalah, gambar kureng kamera bukan main mahal lagi.
Puncanye, tuan pemiliknya baru je dua tiga hari beli, 
so tak berapa mahir lagi dengan function yang ada.
Yelah, bayangkan dari beli Nikon, bertukar arah pulak ke Canon.
Memang blur seketika lah.
Gambar berikut, edit simple simple je dengan photoscape.






Situasi dalam gambar ni, 
aku berada di Bukit Layang Layang, Pasir gudang johor.
Actually, masa time kat manjung ag, teringin sangat nak datang situ.
Yelah, beria je tengok kakak aku pergi situ, posing la apa la.
So cemburu ada, akhirnya sampai jugak aku kat situ.
Tapi bukan best mana pun.
SUasana je cantik.hehe.


Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
http://nuszindisxhot.blogspot.com
Readmore...

Sekadar Mencuba

0 comments
 
"Kata Hati : Mood bila bosan"


Assalam,
Entri kali ni bila aku dah berada tahap bosan giler giler tak tau buat apa.
So, dengan adanye photoscape, aku cube je la edit gambar sesaje yang tade la mahir sngat.
Sekadar sedap mata aku memandang aje.hehe.
Gambar yang dihasilkan adalah, gambar bunga dan dedaunan serta rumput rampai.hehe.
Aku suka tumbuhan.haha.







Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
nuszindisxhot.blogspot.com

Readmore...

Cari populariti orang.

0 comments
 
" Kata Hati : Bukan Selalu. Hee "

Assalam,
Sejak duduk di johor bharu ni terasa diri macam jakun sangat.
Biasalah, dapat tempat baru, macam macam nak pergi.
Sedangkan diri ni tade transport susah nak kemana. Adoiyai.

Semalam aku jumpa seorang member, 
Die memang suka la bab bergambar dengan kamera DSLR mahal tu.
Dari sebelumnye pakai Nikon , bertukar arah pulak ke Canon.
Tah bape juta beli agaknya.
Orang berkemampuan, dah minat, sanggup beli apa saje kan.
So, sempat jugakla aku tumpang populariti dengan kamera die tu.
Perghh, terasa macam hot semacam.
Hot sebab pe, hot sebab tak tau pegang. Berpeluh peluh aku.
Haha, siyes, nampak orang pegang macam senang, diri sendiri pegang, FAILED.
Then, sempat jugak la aku bergambar.



Ok,cukupla dua saje.
Sebab dua ni je yang mampu aku letak.
Inipun gambar yang diambil oleh kamera aku je.
Bukan sehebat kamera di atas, kamera digital nikon coolpix tu je.hehe.
Gambar yang dalam kemera atas ni, pemiliknye tak bagi lagii.
So, sape sape yang terbaca entri aku ni yang sape sape minat berfotografi ni,
konpem korang nak tau kan kamera model apakah ni?
tak silap aku la, dan aku agak agak je, sebab aku tak berapa mahir dan tak geti bab kamera dslr ni.
Mungkin kamera model D70 kot. Maaf kalau bukan.hehe.
Lastly, bila lah aku boleh beli kamera sebegini kan? hmm.

Dihasilkan oleh :
Nusrah Yusuf
nuszindisxhot.blogger.com
Readmore...